Friday, July 22, 2016

PENJUAL TAUHU
Ada seorang penjual tauhu yg setiap hari dia menjual dagangannya ke pasar. Untuk sampai  ke pasar, ia perlu naik kenderaan awam.
Manakala untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui pematang sawah.
Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Tuhan agar dagangannya habis dijual
Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang. Dagangannya selalu habis.
Suatu hari, ketika dia melalui sawah hendak menuju jalan raya utk naik kenderaan awam, tiba2 dia terjatuh ke dalam sawah...
Habis semua tauhu jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan shj untung, modal pun habis.
Dia mengeluh kepada Tuhan, bahkan "menyalahkan" Tuhan, mengapa dia diberi cubaan  seperti ini? Padahal dia selalu berdoa setiap pagi.
Akhirnya dia pun pulang tidak jadi berniaga hari itu.
Tapi dua jam kemudian dia mendengar khabar, bahwa kenderaan yg disewanya setiap hari pada pagi berkenaan telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban ! Hanya dia satu2nya bakal penumpang yg selamat, semua adalah disebabkan tauhu nya jatuh ke sawah, sehingga ia tidak jadi utk berniaga pd hari itu dan membawa semua  tauhu-tauhunya yg sdh rosak dan kemek.
Tetapi pada sebelah petang, ada seorg penternak itik  telah mencari dia dan hendak membeli tauhu utk makanan itik tetapi yg anehnya peternak itik itu mencari tauhu yg rosak/hancur krn ia hanya utk  dicampurkan dan dimakan oleh itik sahaja..spontan penternak itu menangis krn tauhunya yg rosak hendak dibeli semuanya oleh peternak itik itu..
PENGAJARAN...Doa tidak harus dimakbulkan sesuai dgn permintaan, tapi kadangkala ia diganti oleh Tuhan dengan sesuatu yg jauh lebih baik daripada yg diminta.
Tuhan Maha Mengetahui keperluan  kita, dibandingkan diri kita sendiri.
Karena itu, janganlah jemu berdoa, juga jangan sekali mengeluh, apalagi mengutuk!
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu
padahal ia amat buruk bagimu.
Tuhan mengetahui, sedang manusia tidak mengetahui”.
“Jika Tuhan menjawab doamu, Ia sedang menambahkan imanmu. Jika Ia menundanya, Ia sedang menambahkan kesabaranmu. Jika Ia tidak menjawab doamu, Ia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.” —
Semoga hari ini dan hari hari selanjutnya kita semua selalu dalam lindungan serta keberkahan-Nya..

Thursday, July 14, 2016

Sedar Diri

_*RELUNG KEHIDUPAN*_
_Waktu sedang *di puncak* kita merasa banyak teman di sekeliling kita._
_Waktu sedang *Berkuasa* kita percaya diri boleh melakukan apa saja._
_Waktu sedang *Tak Berdaya* barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada._
_Waktu sedang *Jatuh* kita baru sedar selama ini, siapakah teman yang memperalat dan memanfaatkan kita._
_Waktu sedang *Sakit* kita baru tahu bahwa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta._
_Waktu kita *Miskin* baru kita insaf  pentingnya amalan sedekah walau pun seringgit dan saling membantu saudara kita._
_Masuk *Usia Tua* baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah yang belum dikerjakan/banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid._
_Saat *di Ambang Ajal* kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia._
_Hidup tidaklah lama,_
_Sudah saatnya kita bersama-sama membuat *HIDUP LEBIH BERHARGA:*_
_*Saling menghargai,*_
_*Saling membantu,*_
_*Saling memberi,*_
_*Saling mendukung.*_
_*Jadilah teman setia tanpa syarat ...*_
_*Jangan saling memotong dan menggunting sesama teman...*_
_*Tunjukkanlah bahwa anda masih mempunyai Hati Nurani yang tulus. Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.*_
_*Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.*_
_*Apa yang ditabur itulah yang akan dituai*_
_*Allah swt tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, dan mentari selalu bersinar.*_
_*Tapi ketahuilah bahwa Allah swt selalu memberi pelangi disetiap badai, senyum disetiap air mata, Rahmat dan berkat di setiap cubaan, dan jawapan di setiap doa.*_
_*Jangan pernah menyerah , Teruslah istiqamah beribadah... kerana..*_
_*hidup ini terlalu indah..*_
_*Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah persinggahan sementara..*_
_*Sahabatku,*_
_*Indahnya hidup bukan kerana banyak orang mengenal kita, namun berapa banyak orang yang merasa bahagia kerana mengenal kita.*_
_Professor emeritus_ _Amir awang._
_*Counseling KUIN*_
_(Kongsikan jika dirasakan bermanfaat kepada sahabat-sahabat yang lain)_



Pandang Jauh

Jadilah orang berpandangan luas, berusahalah untuk memaafkan siapa saja yang berbuat salah pada anda agar anda bisa menikmati hidup ini dengan damai dan hati yang tenang, dan buanglah jauh-jauh keinginan untuk membalas dendam.

Tuesday, July 12, 2016

Seriau!

http://www.hmetro.com.my/node/151036fgghh ghhhhhhj


Bertanyalah Pada Tuhan


Doa

 
Solat Sunnat Istikharah
Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Shalat Istikharah

Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)” 


Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

doa-istikhaerah
Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir


Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

Runtun Kalbu

Dah beberapa hari ni, aku tak tidurmalam.. aku bersengkang mata, aku hadap screen HP dan laptop ni. aku cari idea.. aku cari ilham... aku mohon temujanji dengan allah.. aku ambil kesempatan dalam kesunyian ini... untuk bersama diri sendiri... yang benar-benar sendiri.. aku bersoal jawab dengan diri..aku berinteraksi dengan Illahi... dari hati ke hati... sesungguhnya aku rasa ianya berbaloi sangat.. kerana aku sudah letih dengan tiadanya manusia yang mengerti, revolusi sebenar yang terjadi dalam diri ini.

ok. Allah dah panggil, aku nak beristikharah.. mudah -mudahan Allah sudi tuntun hamba-Nya ini, dalam mengatur jejak langkah , menyelusuri lorong kehidupan yang penuh teka teki ini.

Terima kasih Allah atas teguran Mu ini


!https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-istikharah/


Aku suka sangat refer blog brother kat atas ni kalau bab ibadah ringkas tapi lengkap. Terima kasih Bro.

Sunday, July 10, 2016

Sang Pencinta

manfaatkan hari dengan mengemas rumah.

Hati ini masih menangis!

Tahun Ni lah kali pertama aku rasa raya yang separuh jiwa jer... Sebab tahun Ni kali pertama juga dalam hidup aku merasa kehilangan insan yang hampir dengan kita. Insan yang kita sayang. Dengan cara pemergian yang mengejut dan tragedi yang tidak pernah kami sekeluarga jangkakan. Segalanya penuh dengan teka teki dari Allah.. Yang memaksa hati setiap hambaNya yang lemah bermuhasabah! 😞
Alhamdulillah.. akhirnya terlaksana jua hasrat nak tubuhkan blog khas untuk luahan hati dan rasa. Lebih kurang Blog peribadi lah di mana segala rasa kalau boleh nak dicurahkan di sini.tercetus hasrat nak tubuhkan blog yang berasingan dengan blog perniagaan ni adalah kerana satu mimpi ngeri yang baru saja menerpa dalam keluarga kami. sehingga kini masih trauma.. dan memendamnya adalah menambah lagi kesakitan di jiwa.. lalu aku putuskan untuh meluahkan di sini.. berkongsi rasa.. pada yang sudi jadi teman bicara di alam maya....

ok. stop dulu. touching dah ni. :(