Tuesday, July 12, 2016

Runtun Kalbu

Dah beberapa hari ni, aku tak tidurmalam.. aku bersengkang mata, aku hadap screen HP dan laptop ni. aku cari idea.. aku cari ilham... aku mohon temujanji dengan allah.. aku ambil kesempatan dalam kesunyian ini... untuk bersama diri sendiri... yang benar-benar sendiri.. aku bersoal jawab dengan diri..aku berinteraksi dengan Illahi... dari hati ke hati... sesungguhnya aku rasa ianya berbaloi sangat.. kerana aku sudah letih dengan tiadanya manusia yang mengerti, revolusi sebenar yang terjadi dalam diri ini.

ok. Allah dah panggil, aku nak beristikharah.. mudah -mudahan Allah sudi tuntun hamba-Nya ini, dalam mengatur jejak langkah , menyelusuri lorong kehidupan yang penuh teka teki ini.

Terima kasih Allah atas teguran Mu ini


!https://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-istikharah/


Aku suka sangat refer blog brother kat atas ni kalau bab ibadah ringkas tapi lengkap. Terima kasih Bro.

No comments:

Post a Comment