Wednesday, September 28, 2016

Perantau Dunia menuju akhirat.
Bayangkan anda seorang perantau yg merantau diluar tempat anda... Setiap bulan kumpul dan kirim harta untuk membina rumah di tempat asal anda.. Sampai masa balik ke tempat asal rumah yg indah tersedia utk tinggal.
Begitulah akhirat., anda mengumpul segala amal kebaikan didunia sebagai persiapan akhirat kelak.. Segala amal soleh yg ikhlas sedang menanti dituntut si pemilik Amal tersebut sebagai pulangan yg dijanjikan Allah azza wajalla...maka berbahagialah insan yg beruntung itu...
Semasa dirantauan jgnlah asyik mengumpul dan bermegah dgn kekayaan harta dunia kerana semakin byk kita kumpul semakin kita sayang dan taknak meninggalkan dunia. Sementara masih dirantau ini perbanyakkanlah 'harta' menuju akhirat kerana semakin byk kita kumpul maka makin dekatlah kita kepada cinta abadi. Maka tersenyum gembiralah kita utk kembali kepada Sang Pencipta yang Awal dan yang Akhir..
Rebutlah peluang ini sementara usia masih ada. Kita mampu mengubahnya.✌​

No comments:

Post a Comment